Warehouse Litrocom Cargo beralamat di Baiyun District Guangzhou, China. Selain daripada menyediakan perkhidmatan shipping kami juga mempunyai team untuk membimbing individu dan juga entiti perniagaan supaya mahir dalam membeli barangan secara online tanpa perlu pergi ke China untuk mencari lubuk-lubuk barang murah. Ini termasuklah individu yang ingin membeli untuk diri sendiri, sehingga lah kepada entiti perniagaan yang mahu menempah barangan yang ‘custom made’ (direct kilang) dan sebagainya.
Litrocom Cargo adalah sub-entiti kepada Litrocom Trading yang kini telah bertapak di China sejak tahun 2010 lagi. Menjalankan perniagaan Trading pelbagai barangan. Peningkatan yang begitu mendadak di Malaysia berkenaan dengan pembelian secara online oleh peniaga-peniaga di Malaysia di China telah menjadi pencetus kepada Litrocom Trading untuk membuka satu lagi cabang perniagaannya iaitu Litrocom Cargo. Oleh itu Litrocom Cargo di tubuhkan sejak tahun awal tahun 2017, dan semenjak itu kami terus menjalankan penambaikan atas segala kelemahan, dan kini Litrocom Cargo telah bersedia untuk membrikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan nya.